Ada Apa Dalam Ebook 'Hamil Anak Pertama' Karya Puan B




Anda akan temui pengalaman seorang wanita dala bergelar ibu pertama kali pada usia 30-an. Diduga dengan ectopic pregnancy pada kehamilan pertama. Kemudian bagaimana beliau berjaya hamil semula kali kedua dengan izin Ilahi.

Terdapat kisah, episod dan cerita berserta pengalaman sendiri yang beliau kongsikan bersama pembaca di luar sana. Di antara kandungan yang ditulis merangkumi pengalaman dan informasi berkaitan hamil dan ektopik.


Kamu Yang Ku Tunggu


Episod ringkas bagaimana beliau bertemu jodoh yang Allah tetapkan di dunia. Mengenai bagaimana beliau 'jatuh cinta' dengan ABDR dan bekerja di rumah menggunakan skil yang ada berserta minat dalam penulisan dan blog. Adakah beliau berjaya berhenti kerja?

Mengenai Ektopik

Apa itu ektopik?Anda pernah dengarkah? Ektopik ini hanya berlaku pada wanita hamil. Bagi yang pernah mengalaminya anda sendiri akan tahu. Tetapi ektopik yang Puan B hadapi pada 2015 bukan yang biasa-biasa. Beliau bertarung antara hidup dan mati. Bagaimanakah kisah sebenarnya dan macam mana ia boleh berlaku. Yang penting, ektopik adalah komplikasi kehamilan yang tidak mengira siapa anda. Jika anda 'terpilih' mungkin anda boleh jadi mangsa ektopik yang membahayakan nyawa wanita hamil. Bolehkah wanita ektopik hamil semula tanpa sebarang masalah? Ada carakah untuk mencegahnya?

Hamil Semula
Pengalaman hamil kali kedua tetapi bukan mudah. Bagaimana penulis mengharungi proses kehamilan keduanya. Dalam tempoh berapa bulan atau tahun berjaya hamil? Ketahui beberapa tip dan panduan untuk hamil bagi bekas pesakit ektopik dari segi alami dan ikhtiar manusia biasa.

Indah Detik Kehamilan
Apakah simptom kehamilan dan alahan yang dihadapi Puan B. Apakah keputusan imbasan kali ini. Apa kata doktor sebaik sahaja melihat rahim beliau semasa pemeriksaan. Bagaimana Puan B menghadapi semua persiapan dari awal hingga akhir?

Kini Bergelar Ibu!
Benarkah apa yang dirasai sekarang ini? Peluang menjadi ibu kepada zuriat sendiri bersama suami dicintai. Anak kecil yang comel anugerah dan amanah Allah yang mesti kita jaga sebaiknya. Bagaimana beliau hadapi proses bersalin . Normal atau perlu dibedah? Selamatkah beliau dan sihatkah zuriat yang dilahirkan?

Semuanya terjawab dalam ebook ini yang berkisarkan pengalaman dan panduan sendiri.

Selamat membaca!

Ada Apa Dalam Ebook 'Hamil Anak Pertama' Karya Puan B Ada Apa Dalam Ebook 'Hamil Anak Pertama' Karya Puan B Reviewed by Puan B on November 29, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.